Thursday, January 26, 2012

Penangan Posh Spice




Di keheningan pagi, sewaktu memandu pulang selesai membeli sarapan pagi, kereta terpaksa berhenti di lampu merah. Kelihatan seorang wanita berbangsa Cina melintas di hadapan merupakan perkara biasa dan sering - sering berlaku. Namun, apa yang menjadi luar biasa ialah sambil beliau berjalan, rambutnya yang bersinar, ikal, segar, sedikit blonde seakan - akan mengejek serumpun rambut yang berada di atas kepalaku. Tika itu juga seluruh kehidupan rambutku yang hambar, pudar, unevenly cut, bermain- main di ruang legar kelopak mataku.. Aku seharusnya menangis meminta ampun pada rambut yang tidak pernah dibelai sejak kecil.. Malu dengan Cina yang baru saja melintas. Tiba - tiba air mata bergenang, di kala itu juga aku mengharapkan keajaiban! Keajaiban yang mana indahnya kehidupan jika dapat ditukarkan kepada Posh Spice Hair cut!! Dengan perasaan dihimpit duka, aku bergegas pulang dan menelefon Super Ayah. Ishhh.. naive pula si dia apabila terus terang beliau mengakui yang aku perlu lakukan sesuatu terhadap 'benda' yang sedang bertapa di atas kepalaku yang kononnya merupakan mahkota wanita.. Super Ayah never lies...Sometimes I wonder how some women can juggle so many things in their life. Mahu menjaga anak - anak nan tiga pun hampir setiap malam aku harus bersilat inikan pula mahu menjaga rambut agar kekal secantik Posh Spice! 
Dengan berbekalkan keazaman yang tinggi, ku telefon si dia semula. "Anak - anak perlukan new haircut for new school term!!" Namun jauh disudut hati Tuhan saja yang tahu betapa Diri ini yang sebenarnya memerlukan new haircut.. Bohong sunat kadangkala diperlukan untuk keharmonian rumahtangga. Lalu, hujung minggu itu, ku angkut suku dozen anak - anak untuk mendapatkan wajah yang segar dan semestinya potongan rambut yang bersesuaian. Nah, siap anak - anak, sekarang giliranku. Bagi mendapatkan potongan Posh Spice, potong, rebonding, ironing, treatment waimah syampoo, dan serum sekalipun sudah bermain - main di kotak fikiranku.. Zap! Zap ! Siap! Anak - anak bertiga datang mengelilingku.. Wahhh, mama cantikkk! "Okay siap Amoi.." Tiba - tiba si nyonya penggunting rambut memanggilku Amoi. ( Mahu bodek barangkali .. ) Ka - ching! Time to pay!! Rm350 melayang demi mendapatkan kepuasan yang jitu. Tiba - tiba nyonya menjerit "aiyaaaa... Amoi balik sula pakat tulung!! Lambut losak woo.." Aku tersenyum lantas keluar dari salon..Dalam kenderaan, hati serasa girang. Fesyen rambut yang diidamkan kini menjadi milikku WALAUPUN hanya disebalik tudung.. Aku sambung senyum...



Yeayy!! New haircut!!






"snip-snip"

DYNAMICS OF LEADERSHIP (UHPS 6013) Topic 9: Leading Self – Managed Teams

https://drive.google.com/file/d/1wd8mA6DfI8TEgvKuI7din-ajnj8M3Qg8/preview