Friday, January 27, 2012

Ipad Oh Ipad!!



Sebagai manusia, kita seringkali lupa tatkala dilanda musibah; waimah sebesar hati nyamuk sekalipun; pasti ada jalan penyelesaian . Teringat akan aku suatu ceritera yang terjadi semalam pabila Ipad kesayangan Super Ayah tiba - tiba "Unresponsive / Hang".. Kelam kelibut si ayah bak atuk tak kulum rokok gulung seharian..Ha! Gitu lah gayanya! Mula lah trajedi salah - menyalah berlaku..Super Yaya kata si Super Copya.. dan begitulah sebaliknya. Rumah dilanda garuda sebentar dan adegan tangis menangis, marah memarahi (nasib maki memaki kurang kami amalkan dirumah!)dan tunjal menunjal..ermm takde lah! Akhirnya Super Ayah mengambil keputusan untuk 'restore' semula application through desktop Apple yang bertapa di kamar tidur. Super Ayah (kononnya) mengambil langkah bijak untuk restore semula disebabkan skrin Ipad kesayangan tidak menunjukkan sebarang response walaupun sudah ditekan Home button berulang kali. Dan aku...menjadi pak pacak yang setia menunggu selama 85 minit tatkala skrin Apple menayangkan yang sesi restoration mengambil masa sekian waktu..Adoii.. Mama.. jugak... Akhirnya.. Ding! (Image bal lampu muncul tepat atas kepala). Mari kita Google apakah permasalahan yang melanda lantas kita boleh mendapatkan jawapan dalam 38 kelip mata! Yes, kata En Google, press Sleep Button dan Home Button simultenously for at least 10 seconds. Dah siap! Ipad kembali normal, semua orang gembira, Super Ayah tersenyum lega, Mama pun tak sakit kepala, namun....Super Yaya tetap menyalahkan Super Copya!! Budak2...

Thursday, January 26, 2012

Penangan Posh Spice




Di keheningan pagi, sewaktu memandu pulang selesai membeli sarapan pagi, kereta terpaksa berhenti di lampu merah. Kelihatan seorang wanita berbangsa Cina melintas di hadapan merupakan perkara biasa dan sering - sering berlaku. Namun, apa yang menjadi luar biasa ialah sambil beliau berjalan, rambutnya yang bersinar, ikal, segar, sedikit blonde seakan - akan mengejek serumpun rambut yang berada di atas kepalaku. Tika itu juga seluruh kehidupan rambutku yang hambar, pudar, unevenly cut, bermain- main di ruang legar kelopak mataku.. Aku seharusnya menangis meminta ampun pada rambut yang tidak pernah dibelai sejak kecil.. Malu dengan Cina yang baru saja melintas. Tiba - tiba air mata bergenang, di kala itu juga aku mengharapkan keajaiban! Keajaiban yang mana indahnya kehidupan jika dapat ditukarkan kepada Posh Spice Hair cut!! Dengan perasaan dihimpit duka, aku bergegas pulang dan menelefon Super Ayah. Ishhh.. naive pula si dia apabila terus terang beliau mengakui yang aku perlu lakukan sesuatu terhadap 'benda' yang sedang bertapa di atas kepalaku yang kononnya merupakan mahkota wanita.. Super Ayah never lies...Sometimes I wonder how some women can juggle so many things in their life. Mahu menjaga anak - anak nan tiga pun hampir setiap malam aku harus bersilat inikan pula mahu menjaga rambut agar kekal secantik Posh Spice! 
Dengan berbekalkan keazaman yang tinggi, ku telefon si dia semula. "Anak - anak perlukan new haircut for new school term!!" Namun jauh disudut hati Tuhan saja yang tahu betapa Diri ini yang sebenarnya memerlukan new haircut.. Bohong sunat kadangkala diperlukan untuk keharmonian rumahtangga. Lalu, hujung minggu itu, ku angkut suku dozen anak - anak untuk mendapatkan wajah yang segar dan semestinya potongan rambut yang bersesuaian. Nah, siap anak - anak, sekarang giliranku. Bagi mendapatkan potongan Posh Spice, potong, rebonding, ironing, treatment waimah syampoo, dan serum sekalipun sudah bermain - main di kotak fikiranku.. Zap! Zap ! Siap! Anak - anak bertiga datang mengelilingku.. Wahhh, mama cantikkk! "Okay siap Amoi.." Tiba - tiba si nyonya penggunting rambut memanggilku Amoi. ( Mahu bodek barangkali .. ) Ka - ching! Time to pay!! Rm350 melayang demi mendapatkan kepuasan yang jitu. Tiba - tiba nyonya menjerit "aiyaaaa... Amoi balik sula pakat tulung!! Lambut losak woo.." Aku tersenyum lantas keluar dari salon..Dalam kenderaan, hati serasa girang. Fesyen rambut yang diidamkan kini menjadi milikku WALAUPUN hanya disebalik tudung.. Aku sambung senyum...



Yeayy!! New haircut!!






"snip-snip"

DYNAMICS OF LEADERSHIP (UHPS 6013) Topic 9: Leading Self – Managed Teams

https://drive.google.com/file/d/1wd8mA6DfI8TEgvKuI7din-ajnj8M3Qg8/preview